23 April 2012

Aku kembali..

Assalamualaikum semua, Fuuh.. dah lama betul aku stop menulis ni, macam-macam perkara berlaku sepanjang percutian ini. Aku dah mula joint geng basikal rekreasi, sambung master, ke luar negara, bercuti bersama keluarga di Langkawi, berubah kerjaya dan macam-macam lagi.. Nanti aku akan ceritakan semuanya... Insyaallah aku akan tamat pengajian master pada akhir bulan Mei dan CE pada bulan Jun.. mudah-mudahan lepas semuanya...doakan lah kawan-kawan.. Joint geng basikal rekreasi Aku berminat nak joint geng basikal apabila memikirkan apa exercise yang boleh aku buat, nak main futsal mungkin setahun sekali, hoki...pskpp lambat lagi, huhuhu.. tambahan pula sejak duduk pejabat ni, kurang masa untuk memikirkan itu semua. Jadi aku pun beli lah basikal pertamaku EXITWAY R16 di Ah Sun, Jalan Wong Ah Jang, Kuantan. Harga selepas tawar menawar RM 1500, helmet, lampu belakang, seluar 3suku..tup tup..dalam RM 1800 juga habis duit plastik aku... demi minat dan kesungguhan.. Pakcik dekat rumah kata, aku ni jenis bersungguh dalam buat apa-apa, ye ke... aku sendiri pun tak pasti..huhuhu Cuma pada aku la, apa yg aku nak buat akan aku buat secara ikhlas dan cuma untuk buat yang terbaik... nanti aku sambung bab basikal ni. Sambung Master Aku sambung belajar..., hehehe macam tak percaya pulak... dalam gitu gaya nya dah dekat nak habis.. semangat yang kuat daripada geng belajar (Bro Big, Tuan Ropi dan Bro Jay) yang sebenarnya membuatkan impian jadi kenyataan... nasihat untuk kawan-kawan yang nak sambung belajar, carilah kawan yang sesuai.. sebab aku dah merasa sendiri bagaimana belajar...cemas cemas dah down... kalau ada kawan yang ingat mengingati tahan juga... insyaallah.. dah nak grad pun.. minggu depan last kelas.. pastu final exam 11, 12 dan 13 Mei... CE 23 dan 24 Jun.... habisss.. (bagi master yang tiada Viva kena ambil CE) Ok la nanti aku sambung menulis... Wassalam