19 Disember 2015

'Kidney Failure'

Assalamualaikum semua.... sedikit pengkongsian dari whatapps

Penyakit kerosakan buah pinggang atau kidney failure sudah menjadi tidak asing lagi utk rakyat Msia. Dulu kita selalu dengar kencing manis, darah tinggi, kolesterol, lelah dan lain2 lagi. Tetapi sekarang ni penyakit kidney failure boleh dimasukkan dlm senarai ini. Malaysia merupakan negara TERTINGGI DIDUNIA yg mempunyai pesakit buah pinggang akibat kencing manis (Diabetic Nephropathy). Akibatnya berlumba2 lah syarikat2 pengeluar mesin dialysis dan segala barangan disposable dialysis yg berkaitan utk datang 'melabur' di Malaysia sbb pulangannya amat lumayan.

Rakyat Malaysia dianggap sebagai 'lubuk' utk pelaburan yg sangat menguntungkan ini.

Persoalan di sini.......

Kenapa org Malaysia, buah pinggang nya sangat terdedah @ 'vulnerable' utk dapat sakit buah pinggang ?

Saya telah berkecimpung dalam bidang dialysis ini sudah hampir 8 tahun. Selama 8 tahun saya mencari jawapan utk persoalan ini.....dan akhirnya saya rasa saya dah dpt jawapan utk soalan ini.

Jawapan nya .......PEMAKANAN RAKYAT MALAYSIA.

Ya .....pemakanan.....kita terlalu bebankan kidney kita dengan makanan yg terlalu byk sumber 'animal protein'.

Setiap hari kita makan 3 kali sehari ....dan setiap menu makan kita MESTI ada AYAM, DAGING, TELUR DAN IKAN.

Akibat daripada tiga hidangan 'animal protein' setiap hari menyebabkan kidney kita akhirnya 'malas' nak kerja kerana bertahun2 dibebankan dengan kerja kuat dan akhirnya telinga ini terpaksa dengar dari doktor satu ayat yg sangat ditakuti oleh kita semua iaitu..."buah pinggang Encik dah rosak dan kena buat rawatan cuci buah pinggang 3 kali seminggu selama 4 jam setiap kali SEPANJANG HAYAT".

Hancur remuk hati ini apabila dengar pernyataan mcm ini dari doktor dan tersenyum lebarlah syarikat2 pembuat mesin dan segala peralatan dialysis.

Pesakit kencing manis perlu buat 2 perkara utk elak jadi 'bahan pulangan utk pelaburan syarikat asing ini' iaitu

1. kawal kadar gula dalam darah mereka
2. kawal pengambilan protein haiwan.

Cakap memang senang ....tapi bagaimana caranya .....

Secara ringkasnya :-

Kawal paras gula dengan :
1. Sarapan dengan bubur talbinah (sejenis bubur barli)
2. Tukar beras putih kepada beras perang.
3. Tukar gula putih kepada 'coconut sugar'. 'Coconut sugar' DIJAMIN TIDAK AKAN TINGKAT PARAS GULA.

Kurangkan beban kidney dengan :

1.  BERHENTI MAKAN AYAM, DAGING DAN IKAN (kalau boleh). Tukar sumber protein anda kepada protein sayuran. Anda dijamin tidak akan kekurangan protein dlm badan.

2. Jangan sesekali minum air sejuk pagi2 dengan perut kosong krn ini terbukti boleh merosakkan kidney.

3. Bekam atau cupping therapy atau Hijama dlm bahasa Arab (yg majoriti org anggap sbg kolot) di titik2 tertentu di badan boleh kurang paras CREATININE.

Wassalam.
Dr Hj Noorul Amin Hj Abd Rahman
Pengarah Urusan
Primum Medicare Centre
Pusat Dialysis Ibnu Sina

Sila SHARE post ini sekiranya ia bermanfaat. Mungkin anda tidak mengidap kencing manis atau sakit kidney, tapi dgn share msg ini mgkn ia akan sampai kpd teman anda yg ibubapa @ saudara tersayang mereka adalah pengidap penyakit tersebut.Sama2 kita selamatkan ratusan ribu rakyat Msia dari menjadi 'bahan pulangan pelaburan sykt asing'.

18 Disember 2015

Jalan-jalan Ipoh

Baru berpeluang nak jalan-jalan dengan family, setelah menggalas tugas menjaga gawang ...😁
Lost World of Tambun ko tunggu aku datang...

MSKPPM Hoki Team Pahang

Dari 13 - 17 hb Disember 2015, terlibat dengan Kejohanan MSKPPM di KL anjuran MESCA...
Game pertama menang dengan Perlis 1-0
Game kedua kalah dengan Johor 4-0
Layak ke suku akhir, lawan Perak, kalah 2-0 (masa ditamatkan awal kerana hujan ) huhuhu

24 Februari 2015

KEMBALI LAGI


Assalamualaikum, Salam 1Malaysia,
Kembali bersama di tahun 2015..

26 September 2014

Satu..

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan,

Dah akhir bulan September baru dapat memulakan semula penulisan blog ini...
Macam-macam yang berlaku selama sembilan bulan dalam tahun 2014 ni..
Aktiviti ?? 
hingga bulan 9 tahun ni, baru sebuah gunung yang Pahang Teachers' Adventure Team sempat daki.. iaitu Gunung Irau yang terletak di Cameron Highland...

07 Jun 2013

Gambar menarik sepanjang kursus diver

Gambar- gambar semasa Kursus Selam Skuba

 Gambar ikan Nemo yang sempat dirakam Abect...kita orang bergaya jer..hehehe

 Geng kitaorg yang pakai baju hijau tu, baju hitam seluar belang tu Abect (our Instructor), baju biru tu Fadly sepupu Azman Ishak membantu Abect.


Ni group dibawah seliaan Abect, Belakang dari kiri Haji Hafidz, Shamsuri, Aku, Amir, Depan dari kiri, Abg Rasli dan Brazil.


Petang hari terakhir kursus, Boat Dive semua terlibat.


Diver Pulak

Alhamdulillah akhirnya pada 30hb April 2013, aku berjaya menerima Scuba Diver dari Abect Aqua Dive, Pulau Tioman. Dalam tidak disangka-sangka diri sendiri pun tak percaya mulanya...tapi disebabkan semangat yang kuat, aku berjaya juga bergelar penyelam scuba...(dlm tak reti berenang tu)..hehehe.
Dengan dorongan Abect atau nama sebenarnya Badawi B. Fauzi, akhirnya aku boleh berenang...alhamdulillah..

Gambar dlm air...ni masa dah comfident...hehehe

20 Mei 2012

Balik Kg Aku sekarang berada di kg sebelah org rumah iaitu di Sg.Senduk, Gersik..smlm ada buat kenduri doa selamat utk bapa mertua yg bertambah umurnya...semoga Abah panjang umur dan murah rezeki..

18 Mei 2012

PROMOSI BERBASIKAL DAN EDARAN SURAT KHABAR KHABAR PERCUMA SEMPENA JELAJAH MAK YONG KIJANG EMAS JKKN Semalam 17/05/2012, aku berkayuh bersama-sama rakan-rakan di PPD dan bersama pelajar SMKTA dalam Promosi Berbasikal Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Pahang,.. kami mensusuri Kg Geylang, Kg Ketapang Tgh, Kg Alor Ara, Kg Padang Polo, Kg Mengkasar, Kg Pekan Lama dan Pasar Besar Pekan.. mengedarkan Surat Khabar Utusan Malaysia dan KOSMO.. habis berkayuh dalam pukul 12.00 tghhari..letih juga wpun hanya 15km..jer